Thursday, December 17, 2009

SALAM TAHUN BARU ISLAM.. TAHUN BARU HIJJRIYAH 1431H



















An-Nisaa' 100: Dan sesiapa yang berhijrah di jalan ALLAH(untuk membela & menegakkan Islam),nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yg banyak & rezeki yg makmur;Dan sesiapa yg keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada ALLAH & RasulNYA,kemudian ia mati (dalam perjalanan),maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi ALLAH.Dan (ingatlah) ALLAH Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.

Ana mengambil kesempatan ini, mengucapkan salam tahun baru hijriyah 1431 hijrah.
ana menyeru kepada semua marilah bersama-sama kita tingkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH.. dariNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali.. jadikan hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini.. berhijrahlah dari yang baik kepada yang lebih baik.. insya' ALLAH.

KEPUTUSAN PMR 2009 DIUMUMKAN PADA 24.12.2009



SALAM TAHUN BARU HIJJIRIYAH..MUDAH-MUDAHAN, TAHUN BARU INI, AZAM KITA UNTUK MEMPERBAHARUI IMAN JUGA MAKIN BERTAMBAH.. INSYA'ALLAH..

NAMPAKNYA, KHABAR ANGIN YANG MENGATAKAN KEPUTUSAN PMR BAKAL DIUMUMKAN PADA 28.12.2009 ADALAH TIDAK TEPAT.. KEPUTUSAN PMR 2009 BAKAL DIUMUMKAN PADA 24.12.2009.. KEPADA PELAJAR-PELAJAR ANA, BERSIAP SEDIA UNTUK MENGHADAPI REALITI YANG BAKAL MENJADI MAINAN MIMPI DI HARI-HARI MENDATANG..

BERSAMA-SAMALAH KITA BERDOA MUDAH-MUDAHAN KEPUTUSAN YANG TERBAIK, BAKAL DIPEROLEH NANTI.. MUDAH-MUDAHAN JUGA TAHUN 2009 INI MELAKAR SEJARAH UNTUK KEPUTUSAN YANG TERBAIK DALAM SEJARAH SEKOLAH KITA.. AMIN... INSYA'ALLAH.. TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR..


An-Nisaa' 100: Dan sesiapa yang berhijrah di jalan ALLAH(untuk membela & menegakkan Islam),nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yg banyak & rezeki yg makmur;Dan sesiapa yg keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada ALLAH & RasulNYA,kemudian ia mati (dalam perjalanan),maka sesungguhnya tela...h tetap pahala hijrahnya di sisi ALLAH.Dan (ingatlah) ALLAH Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.

Friday, December 11, 2009

CUTI YANG PANJANG


Cuti sekolah kali ini terasa agak lama... Bagi pelajar-pelajar, gunakanlah kesempatan cuti sekolah ini terutamanya dengan menolong ibu bapa meringankan kerja-kerja di rumah dan tidak lupa juga buat persiapan untuk pelajaran tahun hadapan.


Maklumbalas berkaitan dengan pengisian waktu cuti daripada pelajar-pelajar ana, ada yang mengatakan membantu ibu bapa berniaga. Tidak kurang juga ada yang mengikuti kursus-kursus motivasi sama ada khemah ibadat, kem jati diri, kursus pengurusan jenazah dan sebagainya. Ada juga pelajar-pelajar yang mengambil kesempatan cuti ini untuk bersama-sama keluarga melancong ke luar negara. (jangan lupa beli buah tangan) Walau apapun yang dilakukan sepanjang cuti ini, pastikan ia diisi dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. Dalam kesempatan ini juga, ana ingin mengingatkan kepada pelajar-pelajar supaya sentiasa menjaga solat, jaga akhlak, jaga aurat, jaga pergaulan dan jaga semuanya yang perlu dijaga. Yang paling penting, jaga hubungan dengan ALLAH Rabbul Jalil..

KEPUTUSAN PMR 2009


Khabar angin mengatakan keputusan PMR 2009 bakal diumumkan pada 28.12.2009. benar atau tidak khabaran ini, sama-samalah kita nanti. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui dan melihat hasil usaha setelah penat belajar selama 3 tahun.. Inilah masa yang dinanti-nantikan. Sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan keputusan yang baik bakal diperolehi.