
Cuti sekolah kali ini terasa agak lama... Bagi pelajar-pelajar, gunakanlah kesempatan cuti sekolah ini terutamanya dengan menolong ibu bapa meringankan kerja-kerja di rumah dan tidak lupa juga buat persiapan untuk pelajaran tahun hadapan.
Maklumbalas berkaitan dengan pengisian waktu cuti daripada pelajar-pelajar ana, ada yang mengatakan membantu ibu bapa berniaga. Tidak kurang juga ada yang mengikuti kursus-kursus motivasi sama ada khemah ibadat, kem jati diri, kursus pengurusan jenazah dan sebagainya. Ada juga pelajar-pelajar yang mengambil kesempatan cuti ini untuk bersama-sama keluarga melancong ke luar negara. (jangan lupa beli buah tangan) Walau apapun yang dilakukan sepanjang cuti ini, pastikan ia diisi dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. Dalam kesempatan ini juga, ana ingin mengingatkan kepada pelajar-pelajar supaya sentiasa menjaga solat, jaga akhlak, jaga aurat, jaga pergaulan dan jaga semuanya yang perlu dijaga. Yang paling penting, jaga hubungan dengan ALLAH Rabbul Jalil..

No comments:
Post a Comment